Kami akan menyediakan perkhidmatan kepakaran kejuruteraan profesional dan berkualiti dalam perancangan, rekabentuk dan pelaksanaan program-program pengurusan sumber air dan hidrologi pengurusan banjir, sungai, pantai dan saliran secara pengurusan lembangan sungai bersepadu (IRBM). Perkhidmatan kami akan berdasarkan amalan kejuruteraan terbaik dengan kira sekuriti air, kelestarian alam sekitar ekonomi dan sosial.
Dalam melaksanakan tugas dan fungsi berikut, kami berikrar akan:
1. Memberi maklumbalas awal terhadap sebarang aduan akan pertanyaan awam berkenaan masalah banjir, sungai, pantai dan saliran dalam masa dua (2) hari bekerja dan maklumbalas kaedah penyelesaian dalam masa lima belas (15) hari bekerja.
2. Memberi ramalan dan hebahan amaran banjir 3 jam ke hadapan.
3. Memberi ulasan teknikal terhadap permohonan lengkap EIA, pembangunan dan pemajuan tanah, penebus gunaan tanah nutuk sektor perumahan, perindustrian komersial dan pertanian dalam tempoh satu (1) bulan.
4. Memberi maklumat-maklumat kepada pelanggan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
- Maklumat Hidrologi
- Peta Hazard / Peta Banjir
- Maklumat Lembangan Sungai
- Data GIS
- Data Zon Pantai