logo mobile
MENU
  1. Home
  2. »
  3. Organisasi
  4. »
  5. Pengenalan
  6. »
  7. Latar Belakang

Latar Belakang

Projek Pembangunan Jabatan Ini Banyak Tertumpu Kepada Projek-projek Pengurusan Banjir Bagi Mengwujudkan Suasana Yang Selesa dan Bebas Daripada Banjir. Selain Dari Itu, Jabatan Ini Melaksananakan Projek-projek Memperbaiki Sungai-sungai Di Bawah Program Pengurusan Lembangan Sungai.

Jabatan Ini Juga Memainkan Peranan Dalam Usaha-usaha Pengawalan dan Pencegahan Dengan Memberi Khidmat Nasihat Dalam Bidang Saliran Mesara Alam Kepada Setiap Projek Pemajuan Tanah Bagi Memastikan Pembangunan Yang Dirancang TIdak Menumbulkan Masalah Saliran Yang Boleh Menyumbang Kepada Kemungkinan Untuk Berlakunya Banjir.

Projek Menambak Laut dan Projek Kawalan Hakisan Pantai Di Bawah Kejuruteraan Zon Pantai Turut Memainkan Peranan Dalam Memulihara Persisiran Pantai Port Dickson bagi Menjamin Keselesaan Sektor Pelancongan.

Peranan Hidrologi Dalam Melaksanakan Kerja-kerja Mengutip dan Mengumpulkan Data-data Hidrologi Daripada Stesen-stesen Lebathujan, Aras Air, Sejatan, Endapan Ampai dan Kualiti Air Sungai Turut Memberi Sumbangan Yang Besar.

Di dalam bidang Pengairan, Jabatan Telah Menyediakan Infrastruktur-infrastruktur Untuk Skim Pengairan, Pemulihan Kawasan Tanah Sawah Terbiar Di Bawah Program MOA Inc., Pemulihan Kolam Ikan dan Ternakan Udang.