JPSN9

 

Assalamualaikum...

Terlebih dahulu saya mengucapkan Selamat Datang kepada saudara & saudari kerana sudi meluangkan masa ke Laman Web Rasmi JPS Negeri Sembilan Darul Khusus. Sebagaimana kita sedia maklum, Perkembangan dan pengaruh dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam aspek kehidupan kita sekarang sangat ketara. Pelaksanaan tugas harian, aktiviti ekonomi, proses pendidikan serta kegiatan sosial masyarakat telah mengalami perubahan besar kesan dari ledakan teknologi ini.


Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan peka terhadap perubahan-perubahan yang berlaku di dalam persekitaran ini dan berazam untuk memanfaatkan lagi teknologi ini dengan memberikan maklumat dan menyediakan perkhidmatan secara lebih cekap dan berkesan serta menepati keperluan pelanggan jabatan.


Kandungan maklumat di dalam laman web ini mengenai pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan supaya dapat dijadikan sebagai bahan rujukan dan panduan yang berguna kepada semua pengguna. Laman web ini diharap  dapat memberi impak kepada semua warga jabatan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik.


Saya mengalu-alukan pandangan yang membina daripada pengguna untuk memantapkan lagi pengurusan maklumat dan kemudahan yang disediakan melalui laman web ini.


Selamat melayari laman web Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan.


Sekian, terima kasih.

...........rozman.....................

Ir. Rozman bin Mohamad

Pengarah,

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri,

Negeri Sembilan Darul Khusus.

Mei 2019
I S R K J S A
1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31
  • Agensi Luar

   Suruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaBiro Pengaduan AwamJabatan Perkhidmatan AwamMSC   MAMPU  Suruhanjaya Perkhidmatan AwamMYEGSuruhanjaya Pilihanraya MalaysiaMDECKetua Setiausaha Negara