JPSN9

 

Pelanggan Utama:
Orang Awam , Agensi-Agensi Kerajaan , Agensi Swasta

Kami akan menyediakan perkhidmatan kepakaran kejuruteraan profesional dan berkualiti dalam perancangan, rekabentuk dan pelaksanaan program-program pengurusan sumber air dan hidrologi, pengurusan banjir, sungai, pantai dan saliran secara pengurusan lembangan sungai bersepadu (IRBM). Perkhidmatan kami akan berdasarkan amalan kejuruteraan terbaik dengan mengambil kira sekuriti air, kelestarian alam sekitar, ekonomi dan sosial.

 

Dalam melaksanakan tugas dan fungsi berikut , kami berikrar akan:

  • Memberi maklumbalas awal terhadap sebarang aduan dan pertanyaan awam berkenaan masalah banjir , sungai , pantai dan saliran dalam masa dua (2) hari bekerja dan maklumbalas kaedah penyelesaian dalam masa lima belas (15) hari bekerja . 

  • Memberi ramalan dan hebahan amaran banjir 3 jam ke hadapan.
  • Memberi ulasan teknikal terhadap permohonan lengkap EIA, pembangunan dan pemajuan tanah, penebus gunaan tanah untuk sektor perumahan, perindustrian, komersial dan pertanian dalam tempoh satu ( 1 ) bulan .

  • Memberi maklumat-maklumat kepada pelanggan dalam tempoh tujuh ( 7 ) hari bekerja .

              I. Maklumat Hidrologi

              II. Peta Hazard / Peta Banjir

              III. Maklumat Lembangan Sungai

              IV. Data GIS

              V. Data Zon Pantai

 

Januari 2019
I S R K J S A
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31
  • Agensi Luar

   Suruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaBiro Pengaduan AwamJabatan Perkhidmatan AwamMSC   MAMPU  Suruhanjaya Perkhidmatan AwamMYEGSuruhanjaya Pilihanraya MalaysiaMDECKetua Setiausaha Negara