JPSN9

 

RANTAU, 2 OKTOBER 2018: Majlis Perasmian merangkap Penutup Hari Inovasi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan 2018 telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Tuan Haji Aminuddin Bin Harun di Rantau Eco Park, Rantau Negeri Sembilan.

Hari Inovasi JPS yang telah berlangsung 2 Oktober 2018 ini merupakan usaha dan komitmen berterusan JPS untuk memupuk dan menyemarakkan lagi budaya inovasi dalam kalangan warga JPS bagi menyediakan perkhidmatan bermutu tinggi kepada rakyat.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengarah JPS Negeri Sembilan, Ir. Rozman Bin Mohamad sebelum diteruskan oleh Ucapan Perasmian oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan. Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan gimik dan montaj perasmian Hari Inovasi JPS sebelum diteruskan dengan montaj Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK).

YAB Menteri Besar kemudiannya telah menyampaikan Anugerah Khas Jabatan dan hadiah kepada pemenang yang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan sepanjang Bulan Inovasi 2018.  Majlis diakhiri dengan sesi lawatan YAB Menteri Besar ke Sesi Taklimat Khas Persediaan Banjir, Projek Pembangunan Lembangan Sungai Linggi Fasa 4 dan sidang media bersama pengamal media tempatan.

 

IMG 8405

 

IMG 8596

 

October 2019
I S R K J S A
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31
  • Agensi Luar

   Suruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaBiro Pengaduan AwamJabatan Perkhidmatan AwamMSC   MAMPU  Suruhanjaya Perkhidmatan AwamMYEGSuruhanjaya Pilihanraya MalaysiaMDECKetua Setiausaha Negara