JPSN9

 

14&15 Jan 2018 - Seperti tahun-tahun yang lepas, pelbagai program-program dan acara diadakan sempena Hari Keputeraan D.Y.M.M Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang ke-70.Tidak ketinggalan juga Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan yang menganjurkan Pertandingan Tarik Tali dan Karnival Pancing Seri Menanti yang menawarkan hadiah berupa wang tunai bernilai 11,000.00 serta cabutan bertuah.Pertandingan Tarik Tali dan Karnival Pancing Seri Menanti merupakan program yang telah disenaraikan di dalam jadual sempena hari keputeraan D.Y.M.M Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-70.

Acara talik tali yang diadakan pada 14hb Januari (sabtu) pada sebelah petang, sebanyak 15 kumpulan dari pelbagai kelab, agensi dan negeri mengambil bahagian. Jurutera Daerah Kuala Pilah, En.Mohd. Firdaus Bin Mat Noor @ Harman merasmikan perlawanan pertama dan seterusnya menyaksikan pertandingan sehingga habis di peringkat kumpulan dan acara suku akhir disambung pada Keesokan hari. Karnival Pancing Seri menanti yang dianjurkan bersama Pejabat Daerah kuala Pilah dimana antara yang hadir yang ialah, Pegawai Daerah Tuan Syahrul Nizam bin Saleh dan Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Tuan Ir.Rozman bin Mohamad serta urusetia pelbagai agensi. Acara yang bermula seawal 7.30 pagi dengan sesi pendaftaran peserta dan taklimat urusetia karnival seterusnya dirasmikan oleh Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri. Karnival yang berakhir pada 12.30 tgh yang di tamatkan dengan bunyi siren oleh D.Y.M.M Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir menandakan tamatnya karnival pancing tersebut dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang. 

Majlis penyampaian hadiah juga dihadiri oleh Adun Seri Menanti Y.B. Dato' Abd Samad bin Ibrahim.

 1  3  10  16

 

October 2019
I S R K J S A
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31
  • Agensi Luar

   Suruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaBiro Pengaduan AwamJabatan Perkhidmatan AwamMSC   MAMPU  Suruhanjaya Perkhidmatan AwamMYEGSuruhanjaya Pilihanraya MalaysiaMDECKetua Setiausaha Negara